Saturday, December 12, 2009

Hari Yang Lapang


Berakhirnya puasa merupakan hari yang lapang sekali buat akak..lapang rasa dada..sebulan berpuasa, siang malam akak bertungkus lumus menyiapkan jahitan pakaian raya kawan-kawan dan sanak saudara..

Alhamdulillah, siap semuanya. Dan seperti biasa tiap-tiap tahun baju sendiri pagi raya baru siap..hehehe..bukan apa, saja nak pakai baju fresh...mcm makan cookies yg fresh dari oven..ha macam tulah jugak akak..

Disebabkan tahun ni terlalu busy kek pun tak sempat buat, kuih raya anak bujang akak Hariz buat..lima jenis dia buat,walaupun baru tingkatan 2 tapi minat sangat masak..bravo anak mak..tahun depan buat lagi ek, tambah lagi buat kek pulak ya..
Yang sempat akak buat ketupat dan rendang je..ok lah kan.

Eh..tadi nak cerita hari lapang..meleret citer lain pulak..issyy
Dek lapang sangat ari ni akak nak tepek gambar tanam-tanaman yang lama akak simpan..
Dah lama dok peram gambar ni sebab kesempitan masa..jom kita tengok..
Yang di bawah ni kebun sayur sedara akak


Selain gambar kebun..di rumah akak pon ada jugak pokok telipok yang sedang berbunga..ungu keputihan warnanya..dan juga sejenis orkid akak yang sentiasa berbunga walau dah berbulan dibeli..

Sambil menyelam minum air..

Arini 28 hb Mei adalah hari temujanji akak di Poliklinik Tang Ling..hari ni cuma pegi untuk ambil darah. Ini kebiasaan dalam setahun sekali darah akan diambil untuk memeriksa tahap kesihatan seluruh tubuh..

Temujanji bermula jam 9 pagi tapi akak sampai terlalu awal iaitu jam 8 pagi, terpaksalah tunggu selama sejam. Yg bestnya ambil darah kali ini dilakukan oleh seorang jururawat wanita yang sudah agak berumur tapi cukup tenang dalam tugasnya.
Biasanya kalau kakitangan lain ambil darah, sampai empat tempat (2 di lengan, 2 lagi di belakang tapak tangan ) dicucuk tapi malangnya masih tak keluar darah yang dikehendaki. Dengan jururawat wanita ni sekali ambil je dah selesai..

Habis je urusan di klinik tadi, suami akak tanya nak balik ke..akak jawab since hari masih awal baru pukul 9.20 pagi jom kita pergi Taman Orkid. Kebetulan poliklinik ni terletak dekat sangat dengan taman orkid ni..

Kalau dah sampai nurseri orkid tapi tak beli apa-apa macam tak puas je..
Akhirnya beli jugak walaupun cuma anak kecil dan sepasu orkid yang agak besar, hadiah dari suami..

Jom tengok..

ni dua anak dari phalaenopsis dan oncidium

ini hadiah dari suami akak

Di bawah ni pulak gambar yang sempat akak ambil di sana..













FESTIVAL ORKID SHAH ALAM 16


Salam sejahtera semua...
Arini sedang akak merayau-rayau di alam siber..sambil melawat blog kengkawan yang lama tak dijengah, akak ternampak sesuatu yang akak suka sangat iaitu pameran orkid di SACC Shah Alam. Bestnya..kena pegi ni..

Setelah hubby bersetuju kami bertolak dalam lebih kurang pukul 5.30 petang..agak lewat dah. Syukur alhamdulillah bila sampai sana rupanya pameran tu ditutup jam 10.00 malam.
Isyyy..banyaknya orkid yang cantik dan unik-unik..geraaamnya.

Akak tak beli apa-apa pun selain dua anak orkid yang memang akak minat sangat..yang lain-lain akak cuba menahan perasaan memandangkan taman mini akak yang cenonet tu dah sarat benar..kena tunggu pindah rumah, baru boleh merealisasikan impian yang terpendam..hahaha..

So kali ni akak cuma nak share gambar-gambar bunga yang sempat akak snap di pameran tu..jom tengok.








BUNGA MEKAR


Hari ni akak nak share bunga yang kembang di rumah dan di sekolah..
Kalau pokok bunga di rumah memanglah akak yang tanam manakala di sekolah pulak adalah hasil tanaman suami yang memang minat berkebun..

Yang kelakarnya..kadang-kadang ada yang ingatkan suami akak tukang kebun, mana tidaknya hari-hari berkebun mengalahkan tukang kebun sebenar di sekolah..Katanya dia minat berkebun sebab dapat mengeluarkan peluh dan sihatkan badan..

Ini kembang di rumah..dua jenis orkid dendro, yang purple tu akak suka sebab kelopaknya besar-besar..



Yang ni pulak kembang di sekolah...lily yang sunggguh menarik warnanya pemberian seorang kawan dari H&G di forum CARI..terima kasih banyak-banyak ya Shaiful, time kasih daun keladi..nanti boleh mintak lagi.hehehe..



dan yang ni pula bunga raya putih