Temujanji bermula jam 9 pagi tapi akak sampai terlalu awal iaitu jam 8 pagi, terpaksalah tunggu selama sejam. Yg bestnya ambil darah kali ini dilakukan oleh seorang jururawat wanita yang sudah agak berumur tapi cukup tenang dalam tugasnya.
Biasanya kalau kakitangan lain ambil darah, sampai empat tempat (2 di lengan, 2 lagi di belakang tapak tangan ) dicucuk tapi malangnya masih tak keluar darah yang dikehendaki. Dengan jururawat wanita ni sekali ambil je dah selesai..
Habis je urusan di klinik tadi, suami akak tanya nak balik ke..akak jawab since hari masih awal baru pukul 9.20 pagi jom kita pergi Taman Orkid. Kebetulan poliklinik ni terletak dekat sangat dengan taman orkid ni..
Kalau dah sampai nurseri orkid tapi tak beli apa-apa macam tak puas je..
Akhirnya beli jugak walaupun cuma anak kecil dan sepasu orkid yang agak besar, hadiah dari suami..
Jom tengok..

ni dua anak dari phalaenopsis dan oncidium

ini hadiah dari suami akak
Di bawah ni pulak gambar yang sempat akak ambil di sana..












No comments:
Post a Comment