Saturday, December 12, 2009

FESTIVAL ORKID SHAH ALAM 16


Salam sejahtera semua...
Arini sedang akak merayau-rayau di alam siber..sambil melawat blog kengkawan yang lama tak dijengah, akak ternampak sesuatu yang akak suka sangat iaitu pameran orkid di SACC Shah Alam. Bestnya..kena pegi ni..

Setelah hubby bersetuju kami bertolak dalam lebih kurang pukul 5.30 petang..agak lewat dah. Syukur alhamdulillah bila sampai sana rupanya pameran tu ditutup jam 10.00 malam.
Isyyy..banyaknya orkid yang cantik dan unik-unik..geraaamnya.

Akak tak beli apa-apa pun selain dua anak orkid yang memang akak minat sangat..yang lain-lain akak cuba menahan perasaan memandangkan taman mini akak yang cenonet tu dah sarat benar..kena tunggu pindah rumah, baru boleh merealisasikan impian yang terpendam..hahaha..

So kali ni akak cuma nak share gambar-gambar bunga yang sempat akak snap di pameran tu..jom tengok.








No comments:

Post a Comment