Saturday, December 19, 2009

WALTEX ORKID


Dah lama juga rasanya tak melawat mana-mana nursery orkid semenjak dua menjak ni..petang semalam sedang bosan-bosan ajak hubby gi Waltex di Ulu Yam..
Jom layan gambarnya..



yang dua pokok di atas ni..saya dapat hadiah dari hubby..

Yang di bawah ni pulak untuk santapan mata je...










Saturday, December 12, 2009

Perihal kolam hiasan lagi

Disebabkan teruja dengan kolam mini akak yang tak seberapa, anak buah suami dan adiknya pun teringin nak buat sama. Hari minggu yang lalu kami terjah lagi Sg. Buloh untuk membuat pilihan. Pilihan kali agak berbeza sikit sebab adik dan anak buah kawasan rumahnya luas so bolehlah pilih yang besar sikit..
Meh kita tengok..



Untuk akak pulak..akak memilih seekor lagi ikan hiasan untuk digandingkan dengan yang dah sedia ada..konon nak mengubahsuai sikit supaya kelihatan lebih menarik.
Sudahnya tak taulah menarik ke tidak..



Ini pulak rupa kolam hiasan anak buah suami yang baru siap di pasang di rumah barunya di Klang..lepas ni bolehlah mula hias dengan kiambang dan pokok-pokok sekelingnya ya..selamat bershopping pokok dan menghias kolam..he..he..

Geder-geder member H&G

Seronoknya rasa hati apabila hari yang ditunggu-tunggu untuk bergeder-geder tiba..
malam sebelomnya tu memang tidur lambat dan paginya awal lagi dah bangun menyiapkan apa yang patut..excitednya..
Walaupun kak tim belum pernah sampai ke Taman Warisan tapi dengan panduan dari shida, alhamdulillah tak de la sesat barat seperti selalu.
Mula-mula berjumpa tu memanglah malu sebab tak semua yg dikenali tapi bila masing-masing dah memperkenalkan diri, amboi bukan main mesra berborak..maklumlah dah kenal lama kat forum..he..he..he..
Akak ni selalu macam ni kalau masa bergeder ni suka berborak..last-last tengok gambar adalah 2-3 keping je..lupa nak snap. Suami akak selalu pesan, tapi still macam tu jugak..
Meh la kita share apa yang ada ya..


gambar di atas ialah pokok-pokok untuk EG..yang akak punya tulah ctteleya kuning tu, minta shida tolong belikan.

ni pulak gambar makanan yang disediakan..ada lagi tapi macam biasa lupa nak snap..

Tina dan kejariah sedang membuat pilihan secara rahsia pasal EG..
Tina kata " akak kalau dapat hoya ni pon best gak.."
Kejariah tambah " saya mana-mana pon tak pe kak, asal orkid"..he..he..he..

si cute PakuPayung bersama anak-anak..PP untung jadi orang dualam kanak-kanak boleh, dewasa pon boleh..

bila nak ambil gambar mak-mak selalu problem..memasing nak posing maut. Cik gu ct tengah adjust cameranya supaya gambar cun abis..Tina dah boring, asik lap muka sebab mekap makin cair..ha..ha..ha..

akhirnya setelah berpuas hati..inilah wajah-wajah yang hadir pada sesi perjumpaan H&G pada 23 Mei lalu..
Moga akan ada lagi perjumpaan begini dengan ramai lagi member yang dapat hadir..
Terima kasih pada semua dan shida cik momod kita yang sanggup bersusah payah.

Orkid Hari Ibu

Pada hari Sabtu yang lalu akak bermalam di rumah anak buah suami di Klang sebab ada kenduri doa selamat. Dan pada esok harinya iaitu hari minggu, akak dan suami akan pegi menjemput anak di UITM Puncak Perdana yang akan mula bercuti semester. Menurut anak, seeloknya akak jemput dia jam 12.00 tengahari sebaik exam tamat.

Jadi itu bermakna akak ada masa lebih kurang 2 jam sebelum jemput dia. Bestnya..akak nak merayau ke nursery yang belum pernah akak jengah tu..Redah-redah, akhirnya sampai jugak hajat hati..jumpa pon. Jalan-jalan..pusing-pusing cari yang berkenan di hati.
Dapatlah idaman hati orkid yang akak namakan orkid hari ibu..sebab belinya pada hari ibu..he..he..he..

Jom kita jamu mata..


Phal yang berbau harum dan menarik


Phal yang juga harum baunya..lagipun akak belum ada phal kuning dalam koleksi


akak beli yang ni sebab cantik warnanya dan murah pulak harganya


Mini dendro yang sedang mekar di tepi kolam


yang ni bukan orkid..cuma kembang di jalanan, tatau bunga apa. Tapi warnanya cantik dan bunga yang besar buat hati teringin nak ambil gambarnya

Hari Yang Lapang


Berakhirnya puasa merupakan hari yang lapang sekali buat akak..lapang rasa dada..sebulan berpuasa, siang malam akak bertungkus lumus menyiapkan jahitan pakaian raya kawan-kawan dan sanak saudara..

Alhamdulillah, siap semuanya. Dan seperti biasa tiap-tiap tahun baju sendiri pagi raya baru siap..hehehe..bukan apa, saja nak pakai baju fresh...mcm makan cookies yg fresh dari oven..ha macam tulah jugak akak..

Disebabkan tahun ni terlalu busy kek pun tak sempat buat, kuih raya anak bujang akak Hariz buat..lima jenis dia buat,walaupun baru tingkatan 2 tapi minat sangat masak..bravo anak mak..tahun depan buat lagi ek, tambah lagi buat kek pulak ya..
Yang sempat akak buat ketupat dan rendang je..ok lah kan.

Eh..tadi nak cerita hari lapang..meleret citer lain pulak..issyy
Dek lapang sangat ari ni akak nak tepek gambar tanam-tanaman yang lama akak simpan..
Dah lama dok peram gambar ni sebab kesempitan masa..jom kita tengok..
Yang di bawah ni kebun sayur sedara akak


Selain gambar kebun..di rumah akak pon ada jugak pokok telipok yang sedang berbunga..ungu keputihan warnanya..dan juga sejenis orkid akak yang sentiasa berbunga walau dah berbulan dibeli..

Sambil menyelam minum air..

Arini 28 hb Mei adalah hari temujanji akak di Poliklinik Tang Ling..hari ni cuma pegi untuk ambil darah. Ini kebiasaan dalam setahun sekali darah akan diambil untuk memeriksa tahap kesihatan seluruh tubuh..

Temujanji bermula jam 9 pagi tapi akak sampai terlalu awal iaitu jam 8 pagi, terpaksalah tunggu selama sejam. Yg bestnya ambil darah kali ini dilakukan oleh seorang jururawat wanita yang sudah agak berumur tapi cukup tenang dalam tugasnya.
Biasanya kalau kakitangan lain ambil darah, sampai empat tempat (2 di lengan, 2 lagi di belakang tapak tangan ) dicucuk tapi malangnya masih tak keluar darah yang dikehendaki. Dengan jururawat wanita ni sekali ambil je dah selesai..

Habis je urusan di klinik tadi, suami akak tanya nak balik ke..akak jawab since hari masih awal baru pukul 9.20 pagi jom kita pergi Taman Orkid. Kebetulan poliklinik ni terletak dekat sangat dengan taman orkid ni..

Kalau dah sampai nurseri orkid tapi tak beli apa-apa macam tak puas je..
Akhirnya beli jugak walaupun cuma anak kecil dan sepasu orkid yang agak besar, hadiah dari suami..

Jom tengok..

ni dua anak dari phalaenopsis dan oncidium

ini hadiah dari suami akak

Di bawah ni pulak gambar yang sempat akak ambil di sana..