Saturday, December 12, 2009

FESTIVAL ORKID SHAH ALAM 16


Salam sejahtera semua...
Arini sedang akak merayau-rayau di alam siber..sambil melawat blog kengkawan yang lama tak dijengah, akak ternampak sesuatu yang akak suka sangat iaitu pameran orkid di SACC Shah Alam. Bestnya..kena pegi ni..

Setelah hubby bersetuju kami bertolak dalam lebih kurang pukul 5.30 petang..agak lewat dah. Syukur alhamdulillah bila sampai sana rupanya pameran tu ditutup jam 10.00 malam.
Isyyy..banyaknya orkid yang cantik dan unik-unik..geraaamnya.

Akak tak beli apa-apa pun selain dua anak orkid yang memang akak minat sangat..yang lain-lain akak cuba menahan perasaan memandangkan taman mini akak yang cenonet tu dah sarat benar..kena tunggu pindah rumah, baru boleh merealisasikan impian yang terpendam..hahaha..

So kali ni akak cuma nak share gambar-gambar bunga yang sempat akak snap di pameran tu..jom tengok.








BUNGA MEKAR


Hari ni akak nak share bunga yang kembang di rumah dan di sekolah..
Kalau pokok bunga di rumah memanglah akak yang tanam manakala di sekolah pulak adalah hasil tanaman suami yang memang minat berkebun..

Yang kelakarnya..kadang-kadang ada yang ingatkan suami akak tukang kebun, mana tidaknya hari-hari berkebun mengalahkan tukang kebun sebenar di sekolah..Katanya dia minat berkebun sebab dapat mengeluarkan peluh dan sihatkan badan..

Ini kembang di rumah..dua jenis orkid dendro, yang purple tu akak suka sebab kelopaknya besar-besar..



Yang ni pulak kembang di sekolah...lily yang sunggguh menarik warnanya pemberian seorang kawan dari H&G di forum CARI..terima kasih banyak-banyak ya Shaiful, time kasih daun keladi..nanti boleh mintak lagi.hehehe..



dan yang ni pula bunga raya putih

Thursday, December 10, 2009

Salam ukhwah..

Bertemu lagi di halaman ini..